ASsaLAmuALaiKUm

NIKMAT MASA

Wednesday, June 30, 2010

bagaimanakah kesudahan kita????

Bismillahirrahmanirrahim....

Mati adalah perkara yang pasti yang akan dilalui oleh setiap manusia..cuma bezanya bilakah kita akan mati dan bagaimana/ dalam keadaan apa kita akan mati..adakah dalam keadaan kita beriman kepada Allah/ sebaliknya..pada saat akhir nyawa kita akan dicabut,bagaimanakah iman kita diwaktu itu?bagaimana keadaan kita dimasa itu?apakah pengakhiran kita semasa meninggalkan tempat untuk kita mencari bekalan kita untuk dibawa ke SANA,tempat dimana diuji seteguh mana iman kita kepada yang Maha Kuasa,sekuat mana untuk kita menempuhi segala dugaan dalam mencari Cinta dan RedhoNya..

mak saya ada berkata pada saya,bagaimana saat kita mati itu iaitu adakah dalam keadaan baik/dalam keadaan tidak baik,begitulah keadaan kita akan dibangkitkan semula kelak..jika kita mati dalam keadaan kita beriman,alhamdulillah,kerana itu la yang diinginkan oleh semua orang muslim..tapi jika sebaliknya,ya Allah,azabNya yang sangat pedih sedang menunggu kita,tapi saat itu tidak dapat kita lari dari azabNya,tiada tempat untuk kita bersembunyi dari menerima balasanNya dan tidaklah dapat pula untuk kita memohon ampun dan bertaubat padaNya..

saya ada mendengar ceramah di masjid tempat saya yang telah diberikan oleh abang saya sendiri,Muhammad Faiz bin Sofuan yang mana sekarang sedang menuntut di yaman..dia menceritakan tentang Imam Syafi'e menangis setelah membaca satu hadis..abang saya tidak ingat hadisnya tapi secara mafhum dari hadis tersebut adalah seseorang yang sering melakukan p'buatan2 ahli syurga,kaki nya sehasta lagi untuk ke syurga,tiba2 akhirnya,saat kesudahannya dimasukkan ke dalam neraka dan adapun seseorang yang sering melakukan p'buatan2 ahli neraka,akhirnya dimasukkan ke dalam syurga..Imam Syafi'e menangis kerana khuatir bagaimana la kesudahan hidupnya..kerana itu semua adalah dibawah pengetahuan dan ilmu Allah..


mendengarkan kisah ini,ia sangat2 menginsafkan saya...ada satu lagi kisah yang dapat dikaitkan dengan hadis ini yang juga diceritakan oleh abang saya kepada saya..ada dua orang adik beradik iaitu abang dan adik lelaki yang mana mereka mempunyai akhlak yang sangat jauh berbeza..abangnya sering melakukan maksiat manakala adiknya pula sering melakukan ibadah kepada Allah..mereka tinggal dalam satu bangunan rumah tetapi adiknya di tingkat atas manakala abangnya di tingkat bawah..mereka tidak pernah saling menjenguk antara satu sama lain,masing-masing dengan hal sendiri..tetapi pada satu hari,tiba-tiba adiknya terdetik ingin melihat kemaksiatan yang sering dilakukan oleh abangnya manakala abangnya pula terdetik untuk melihat adiknya beribadah..semasa masing-masing menaiki tangga yang sama,adiknya ingin turun dan abangnya ingin naik,mereka terlanggar antara satu sama lain dan kedua-duanya mati..dan kesudahannya abangnya dijanjikan masuk syurga manakala adiknya dimasukkan ke dalam neraka..ini adalah kerana pada saat akhirnya abangnya terdetik untuk melihat adiknya beribadah manakala adiknya terdetik hendak melihat abangnya melakukan maksiat..dalam sekelip mata,segalanya menjadi terbalik..

dan disini,saya juga ingin memberi contoh yang paling dekat yang mana kesudahannya juga dalam keadaan yang amat baik...contoh yang ingin saya perkatakan adalah adik lelaki saya yang sudah hampir dua bulan meninggal dunia..adik saya meninggal dalam keadaan beriman,husnul khotimah dan bersih pulang ke rahmatullah..setelah dia meninggal dunia,saya ada baca buku diari nya dan ada kawannya bercerita pada saya tentang adik..adik tulis dalam diari dia yang dia ingin berubah,nak jadi hamba dan anak yang soleh,tidak mahu lakukan laranganNya(bercinta)..adik berperang dalam hati dimana berperang untuk mencari redhoNya dan melawan hawa nafsunya yang saya rasakan semakin kuat mendatangi adik..dan kawannya merangkap abang angkatnya bercerita yang masa adik dekat2 nk meninggal,adik bertanya tentang dosa yang telah dilakukan dan adik kata yang dia benar2 ingin berubah dan ingin menjadi hamba dan anak yang soleh..dan akhirnya Allah telah selamatkan adik dari terus dihimpit perasaan bersalah kerana telah melakukan dosa disamping payah untuk melawan nafsunya..malam sebelum adik meninggal,adik telah siap segala2nya termasuk sudah membuat solat sunat taubat..subhanallah...teramat baik kesudahan hidup adik dan insyaAllah adik juga akan dibangunkan sepertimana adik meninggal yakni daalm keadaan baik..


bila memikirkan hal ini,saya rasa amat takut,takut memikirkan apakah kesudahan saya,bagaimanakah keadaan saya semasa menghembuskan nafas yang terakhir..tiada jaminan yang kita akan mati dalam keadaan beriman,dalam keadaan baik seandainya sekarang kita melakukan banyak ibadah dan suruhanNya,kita tidak boleh terlalu yakin yang kita akan mati dalam keadaan beriman dan baik setelah kita merasakan kita telah melakukan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya kerana jika Allah ingin membolak balikkan hati kita,sekelip mata sahaja akan bertukar jadi sebaliknya..jadi,apa yang kita boleh buat adalah sentiasa memohon padaNya agar kita dimatikan dalam keadaan beriman dan dalam keadaan yang baik yakni husnul khotimah disamping perbanyakkan amalan dan ibadah,mengikut suruhanNya dan meninggalkan laranganNya kerana itulah bekalan yang akan kita bawa di akhirat nanti dan agar hidup kita dalam keberkatan dan kerahmatanNya serta memperoleh cintaNya,cinta yang hakiki .amin ya rabbal alamin.....

No comments:

Post a Comment