ASsaLAmuALaiKUm

NIKMAT MASA

Friday, October 22, 2010

AYAH, ADAKAH MANUSIA TIDAK MASUK NERAKA BILA HARI HUJAN?

by Classic Berbisik,saya ambil dari artikel kawan saya dalam facebook, baca la,moga ia menjadi panduan dan peringatan untuk kita semua,amin....

Pada setiap petang Jumaat, selepas solat Jumaat, selepas melayani para jamaah di Masjid

Imam dan putera lelakinya yang berumur 11 tahun akan keluar ke bandar untuk

mengedarkan risalah bertajuk “Jalan Ke Syurga” dan juga menyampaikan ceramah agama.



Pada petang Jumaat itu, seperti biasa Imam dan putera lelakinya akan keluar untuk mengedarkan risalah.

Bagaimanapun pada petang tersebut keadaan di luar rumah sangat sejuk dan hujan pula turun dengan sangat lebat.



Budak itu memakai baju sejuk dan baju hujan dan berkata “OK ayah, saya sudah bersedia”.



Ayahnya berkata “Bersedia untuk apa?”.



Budak itu menjawab “Ayah, masa telah tiba untuk kita keluar mengedarkan buku-buku tentang Islam ini”.



Ayahnya membalas “Anakku, di luar sana sangat sejuk dan hujan lebat pulak”.



Dengan muka yang kehairanan, budak itu bertanya ayahnya, “Tetapi ayah, adakah manusia tidak masuk neraka jika hari hujan?”



Ayahnya menjawab, “Anakku, Ayah tak akan keluar dengan cuaca begini..”.



Dengan nada sedih, budak itu bertanya, “Ayah, boleh tak benarkan saya pergi?”.



Ayahnya teragak-agak seketika, kemudian berkata, “Anakku, awak boleh pergi.

Bawalah buku ini semua dan berhati-hati” .





Kemudian, budak itu telah keluar dan meredah hujan.

Budak sebelas tahun ini berjalan dari pintu ke pintu dan lorong-lorong sekitar bandar.

Dia memberikan risalah dan buku kepada setiap orang yang ditemuinya.



Setelah dua jam berjalan dalam hujan, akhirnya tinggal hanya satu naskhah padanya.

Ketika itu dia telah basah kuyup dan berasa sejuk hingga ke tulang.

Budak itu berhenti di satu penjuru jalan sambil mencari seseorang untuk diberikan buku tersebut.

Namun keadaan di situ lengang.

Kemudian dia berpatah balik ke rumah pertama yang dia lalu di lorong itu.

Dia berjalan di kaki lima menuju ke rumah tersebut.

Bila sampai di pintu hadapan, dia menekan suis loceng namun tiada sesiapa yang membuka pintu.

Dia tekan lagi dan lagi, tetapi masih tiada jawapan.

Dia tunggu lagi tetapi masih tiada jawapan.





Akhirnya dia berpaling untuk meninggalkan rumah tersebut, tetapi seperti ada sesuatu yang menghalangnya.

Dia kembali ke pintu itu dan menekan lagi suis loceng dan buat pertama kalinya mengetuk pintu dengan kuat.

Dia tunggu, kemudian seperti sesuatu di anjung rumah itu menghalangnya supaya jangan pergi.

Dia menekan suis loceng sekali lagi dan kali ini dengan perlahan pintu dibuka.



Berdiri di hadapan pintu itu seorang perempuan tua yang berwajah kesedihan.

Dengan perlahan perempuan tua itu bertanya, “Apa yang boleh saya bantu awak, wahai budak?”.



Dengan senyuman serta mata yang bersinar yang boleh menyinarkan bumi, budak itu berkata,

“Makcik, saya mohon maaf kalau saya telah mengganggu makcik.

Saya hanya ingin memberitahu bahawa Allah sangat sayang dan sentiasa melindungi makcik.

Saya datang ini hendak memberikan sebuah buku yang terakhir ada pada saya ini.

Buku ini menerangkan semua tentang Tuhan,

tujuan sebenar Tuhan menjadikan kita dan bagaimana untuk mencapai kebahagiaan daripada-Nya” .



Kemudian, budak itu menyerahkan buku terakhir itu dan berpaling untuk balik.

Sebelum berjalan balik, perempuan itu berkata,

“Terima kasih ya anak dan semoga Tuhan memberkatimu” .



Selepas solat Jumaat pada minggu berikutnya, Imam menyampaikan ceramah agama seperti biasa.

Dia menamatkan ceramahnya dengan bertanya,

“ Ada sesiapa yang ingin bertanya soalan atau ingin berkata sesuatu?”.



Dengan perlahan, di barisan belakang di kalangan tempat duduk muslimat,

suara seorang perempuan tua kedengaran di speaker,

“Tiada di kalangan jemaah yang berkumpul ini mengenali saya.

Saya tidak pernah hadir sebelum ini.

Sebelum hari Jumaat yang lepas, saya belum lagi memeluk agama Islam bahkan tidak terfikir langsung untuk memeluknya.

Suami saya telah meninggal dunia beberapa tahun yang lalu,

meninggalkan saya sebatang kara, saya benar-benar keseorangan di dunia ini.”



Pada petang Jumaat yang lepas, ketika cuaca sejuk dan hujan lebat,

saya telah bertekad untuk membunuh diri kerana sudah putus harapan untuk hidup.

Jadi saya mengambil seutas tali dan sebuah kerusi lalu menaiki loteng di rumah saya.

Saya ikat tali tersebut dengan kuat pada kayu palang di bumbung rumah kemudian berdiri di atas kerusi,

hujung tali satu lagi saya ikat di sekeliling leher saya.





Sambil berdiri di atas kerusi, saya berasa benar-benar keseorangan, patah hati.

Saya hampir-hampir hendak melompat tiba-tiba loceng pintu berbunyi di tingkat bawah dan saya tersentak.

Saya berfikir untuk menunggu sebentar, dan pasti orang itu akan pergi.

Saya tunggu dan tunggu, tetapi bunyi loceng semakin kuat dan bertubi-tubi.

Kemudian orang yang menekan suis loceng itu, mengetuk pintu pula dengan kuat.



Saya berfikir sendirian lagi “Siapalah di muka bumi ini yang boleh buat begini?

Tiada siapa pernah tekan suis loceng itu atau nak berjumpa dengan saya”.

Saya longgarkan tali ikatan di leher dan kemudian pergi ke pintu hadapan.

Ketika itu bunyi loceng kuat dan semakin kuat.



Bila saya buka pintu dan lihat, sukar untuk dipercayai oleh mata saya,

di anjung rumah saya itu berdiri seorang budak yang sangat comel yang bersinar wajahnya seperti malaikat,

tidak pernah saya jumpa sebelum ini di dalam hidup saya.



Budak itu tersenyum.

Oh! Saya tidak dapat hendak gambarkan kepada anda semua.

Perkataan yang keluar daripada mulutnya menyebabkan hati saya yang telah lama mati tiba-tiba hidup semula, seruan budak itu seperti suara bayi yang sangat comel.

“Makcik, saya datang hendak memberitahu bahawa Allah sangat menyayangi dan sentiasa melindungi makcik”. Kemudian dia memberikan kepada saya sebuah buku bertajuk “ Jalan Ke Syurga” yang saya sedang pegang ini.



Bila “malaikat kecil” itu telah pulang meredah sejuk dan hujan,

saya menutup pintu dan membaca dengan perlahan setiap perkataan yang tertulis di dalam buku tersebut.

Kemudian saya naik semula ke loteng untuk mendapatkan semula tali dan kerusi.

Saya tak perlukannya lagi.



Oleh sebab di belakang buku ini ada tertera alamat tempat ini,

saya sendiri datang ke masjid ini ingin mengucapkan syukur kepada Tuhan.

Tuhan kepada budak kecil yang telah datang tepat pada waktunya,

yang dengan demikian telah terhindar jiwa saya daripada keabadian di dalam neraka.



Ramai yang berada di dalam masjid ketika itu menitiskan air mata.

Mereka melaungkan TAKBIR…ALLAH HU AKBAR…gemaan takbir bergema di udara.

Imam iaitu ayah kepada budak itu turun dari mimbar pergi ke barisan hadapan di mana

“malaikat kecil” itu sedang duduk.





Dia mendakap puteranya dengan air mata keluar tanpa disedarinya.

Mungkin tidak ada jemaah yang memiliki saat yang lebih mulia ini dan mungkin di alam semesta ini belum pernah melihat seorang ayah yang penuh kasih sayang dan penghormatan terhadap anaknya.

Inilah satu peristiwa..

Thursday, October 21, 2010

PEMBOHONGAN IBU

by Krj Btu...sy amik dr artikel dlm fb.....

Memang sukar utk org lain percaya, tp itulah yg berlaku. Ibu sy memang seorang pembohong! Sepanjang ingatan sy, sekurang-kurangnya 8 kali ibu membohongi sy. Sy perlu catatkan segala pembohongan itu utk menjadi renungan anda semua.

Cerita ini bermula ketika sy masih kecil. Sy lahir sebagai seorang anak lelaki dlm sebuah keluarga yg miskin. Makan minum serba kekurangan. Kami sering kelaparan. Ada kalanya selama beberapa hari kami terpaksa makan berlaukkan seekor ikan masin dikongsi 1 keluarga.Sebagai anak yg masih kecil, sy sering saja merungut. Sy menangis mahukan nasi dan lauk yg banyak. Tapi mak cepat memujuk. Ketika makan, mak sering memberikan bahagian nasinya utk sy. Sambil memindahkan nasi ke mangkuk sy, mak berkata: "Makanlah nak, mak tak lapar."- PEMBOHONGAN IBU YANG PERTAMA.

Ketika sy mulai besar, mak yg gigih sering meluangkan waktu senggangnya utk pergi memancing di tali air berhampiran rumah. Mak berharap dari ikan hasil pancingan itu dapat memberikan sedikit makanan untuk pembesaran kami adik-beradik.Pulang memancing, mak memasak gulai ikan yg segar dan mengundang selera. Sewaktu sy memakan gulai ikan itu, mak duduk di samping kami dan memakan sisa daging ikan yang menempel di tulang drpd bekas sisa ikan yg sy makan tadi.Sy sedih melihat mak seperti itu. Hati sy tersentuh, lalu dengan menggunakan sudu, sy memberikan ikan itu kepada mak. Tetapi mak dengan cepat menolaknya. Mak berkata: "Makanlah nak, mak tak suka makan ikan." -

PEMBOHONGAN IBU YANG KEDUA.

Di usia awal remaja, sy masuk sekolah menengah. Mak pergi ke kedai dengan membawa sejumlah penyapu lidi dan kuih-muih utk menyara persekolahan sy, abang dan kakak.Suatu dinihari, lebih kurang 1.30 pagi, sy terjaga dari tidur. Sy melihat mak sedang membuat kuih bertemankan sebuah pelita di hadapannya. Beberapa kali sy lihat kepala mak terhangguk kerana terlalu mengantuk. Sy berkata: "Mak, tidurlah, esok pagi mak kena pergi kebun pula." Mak tersenyum dan berkata: "Cepatlah tidur nak, mak belum mengantuk lagi." -

PEMBOHONGAN IBU YANG KETIGA.

Di hujung musim persekolahan, mak meminta cuti kerja supaya dapat menemani sy pergi ke sekolah untuk menduduki peperiksaan penting. Ketika hari sudah siang, terik panas matahari mulai menyinari, mak terus sabar menunggu sy di luar dewan. Mak sering kali saja tersenyum dan mulutnya terkumat-kamit berdoa kepada Ilahi agar sy lulus ujian peperiksaan ini dengan cemerlang.Ketika lonceng berbunyi menandakan ujian sudah selesai, mak dengan segera menyambut sy dan menuangkan kopi yang sudah disiapkan dalam botol yang dibawanya. Kopi yang kental itu tidak dapat dibandingkan dengan kasih sayang mak yang jauh lebih kental.Melihat tubuh mak yang dibasahi peluh, sy segera memberikan cawan sy itu untuk mak dan menyuruhnya minum. Tapi mak cepat-cepat menolaknya dan berkata: "Minumlah nak, mak tak haus." -

PEMBOHONGAN IBU YANG KEEMPAT.

Setelah pemergian ayah kerana sakit, iaitu selepas sy baru beberapa bulan dilahirkan, maklah yang mengambil tugas sebagai ayah kepada kami sekeluarga. Mak bekerja mengambil upah di kebun, membuat penyapu lidi dan berjual kuih-muih agar kami tidak kelaparan.Tapi apalah sangat kudrat seorang ibu. Kehidupan keluarga kami semakin susah dan susah. Melihat keadaan keluarga yang semakin parah, seorang pakcik yang baik hati dan tinggal berjiran dengan kami, datang membantu mak. Anehnya, mak menolak bantuan itu.Jiran-jiran sering menasihati mak supaya menikah lagi agar ada seorang lelaki yang akan menjaga mak dan mencarikan wang untuk kami sekeluarga. Tetapi mak yang memang keras hatinya tidak mengendahkan nasihat mereka. Mak berkata: "Saya tidak perlukan cinta, saya tidak perlukan lelaki." - PEMBOHONGAN IBU YANG KELIMA.

Setelah kakak dan abang habis belajar dan mulai bekerja, mak sudah pun tua. Kakak dan abang menyuruh mak supaya berehat saja di rumah. Tidak payahlah lagi bersusah payah dan bersengkang mata untuk mencari duit. Tetapi mak tidak mahu. Mak rela pergi pasar setiap pagi menjual sedikit sayur untuk memenuhi kekperluan hidupnya.Kakak dan abang yang bekerja jauh di kota besar sering mengirimkan wang untuk membantu memenuhi keperluan mak, pun begitu mak tetap berkeras tidak mahu menerima wang tersebut. Malahan mak mengirim balik wang itu, dan mak berkata: "Jangan susah-susah, mak ada duit." -

PEMBOHONGAN IBU YANG KEENAM.

Setelah tamat pengajian di universiti, sy melanjutkan pelajaran ke peringkat sarjana di luar negara. Pengajian sy di sana dibiayai sepenuhnya oleh sebuah syarikat besar. Sarjana itu sy sudahi dengan cemerlang, kemudian sy pun bekerja dengan syarikat yang telah membiayai pengajian sy, juga di luar negara.Dengan gaji yang agak lumayan, sy berhajat membawa mak untuk menikmati penghujung hidupnya di luar negara. Pada pandangan sy, mak sudah puas bersusah payah untuk kami. Hampir seluruh hidupnya habis dengan penderitaan, eloklah kalau hari-hari tuanya ini mak habiskan dengan keceriaan dan keindahan pula.Tetapi ibu yang baik hati, menolak ajakan sy. Mak tidak mahu menyusahkan anaknya ini dengan berkata: "Tak payahlah, mak tak biasa tinggal di negara orang." - PEMBOHONGAN IBU YANG KETUJUH.

Beberapa tahun berlalu, mak semakin tua. Suatu malam sy menerima berita mak diserang penyakit kanser. Mak mesti dibedah secepat mungkin. Sy menjenguk ibunda tercinta.Sy melihat mak terbaring lemah di katil hospital setelah menjalani pembedahan. Mak yang kelihatan sangat tua, menatap wajah sy dengan penuh kerinduan. Mak menghadiahkan sy sebuah senyuman biarpun agak kaku kerana terpakas menahan sakit yang menjalari setiap inci tubuhnya. Sy dapat melihat dengan jelas betapa penyakit itu telah memamah tubuh ibu sehingga mak menjadi terlalu lemah dan kurus.Sy menatap wajah mak sambil berlinangan air mata. Sy cium tangan mak, kemudian sy kucup pula pipi dan dahinya. Di saat itu hati sy terlalu pedih, sakit sekali melihat mak dalam keadaan seperti ini. Tetapi mak tetap tersenyum dan berkata-kata: "Jangan menangis nak, mak tak sakit." -

PEMBOHONGAN IBU YANG KELAPAN.

Setelah mengucapkan pembohongan yang kelapan itu, ibunda tercinta menutup matanya untuk kali terakhir kali.

Anda bertuah kerana masih mempunyai ibu dan ayah. Anda boleh memeluk dan menciumnya. Kalau ibu anda jauh dari mata, anda boleh menelefonnya sekarang, dan berkata: "MAK, SAYA SAYANGKAN MAK." Tapi tidak sy(bukan admin blog ini tapi orang yang berkaitn artikel ini) . Sehingga kini sy diburu rasa bersalah yang amat sangat kerana biarpun mengasihi ibu lebih dari segala-galanya, tapi tidak pernah sekalipun sy membisikkan kata-kata itu ke telinga ibu, sampailah saat mak menghembuskan nafasnya yang terakhir. Ibu, maafkan sy. SAYA SAYANGKAN MAK...

Friday, October 1, 2010

2 year old Baby, What is the capital of israel? - try dgo smpi abih...sgt bijak budak ni..ayat ketiga last plg bez"there is no............

Air Mata Tidak Selamanya Abadi

by Mohamad Hafiz ...artikel ni sy amik dr kwn fb sy...mg ia m'jd satu kekuatn pd kite stlh m'bc nye....

Senyum. Bahagia. Tenang.

Ke mana perginya hari-hari gelap itu? Hilangnya tidak disedari. Lesapnya tidak mengesankan lagi.

Alhamdulillah. Akhirnya, detik-detik hitam itu sudah berlalu.

Pasti. Semua orang pastinya pernah diuji dengan pelbagai jenis dugaan. Semua tak terkecuali.

Namun, tanda perhatian dan kasih sayang Allah pada hamba-hamba-Nya ini seringkali disalah tafsirkan sebagai kemusnahan, disalah ertikan sebagai perhentian terakhir hidup bagi mereka yang lemah akal dan jiwanya.

Tidak, aku tidak akan sekali-kali menyalahkan mereka. Kelemahan adalah sebahagian 'anggota' manusia, ketidaksempurnaan pula ada 'nama timangan' mereka.

Dulu, ada satu kisah tentang rama-rama. Sering aku kisahkan cerita ini pada mereka yang dirundum kesedihan.

Dengan kisah ini jualah, terselit sekelumit harapan untuk menyisip secebis kekuatan buat mereka yang lemah.

Memang, aku tidak mampu menyanyikan lagu 'Semangat Yang Hilang' untuk mengobarkan kembali semangat mereka, aku juga tidak dapat memberi preskripsi ubat untuk menghilangkan ingatan-ingatan buruk itu, malah aku tidak akan mungkin punya kuasa ajaib untuk mengubah takdir jika bukan diri mereka sendiri yang ingin bangkit mengubah segalanya.

Rama-rama bagiku cukup simbolik. Ia lambang perjuangan hidup. Ia terbang mengibarkan kepak warna-warninya yang indah dan memukau setiap mata yang memandang.

Namun, dulunya rama-rama ini tak lebih dari seekor beluncas.

Ya, seekor beluncas yang dibenci, dianggap perosak dan sering dijauhi.

Namun, kemudian berubah menjadi kepompong sebelum bertransformasi menjadi seekor rama-rama yang cantik.

Kisah rama-rama ini kisah benar, bukan rekayasa atau hikayat dongeng penuh fantasi tetapi lebih kepada teori logik, sebuah cerita saintifik.

Pernah, terdapat sekumpulan saintis sedang membuat kajian terhadap rama-rama. Mereka memerhatikan dengan teliti proses bagaimana seekor rama-rama keluar dari kepompongnya.

Ia kelihatan seperti kepayahan, terseksa untuk mengeluarkan diri.

Berjam-jam lamanya, rama-rama ini mencuba, mencuba, dan terus mencuba untuk keluar dari kepompong yang kecil itu.

Akhirnya, ia berhasil. Rama-rama ini pun terbang ke sana dan ke mari seolah-olah meraikan kebebasannya.

Saintis-saintis muda ini kemudian beralih kepada rama-rama yang lain.

Mereka sepakat untuk membantu mengeluarkan rama-rama ini dari kepompongnya dengan menggunting kepompong tersebut.

Rama-rama ini berhasil 'di'keluarkan dengan mudahnya.

Namun, tahukah kamu apa yang terjadi dengan rama-rama ini?

Tidak, ia tidak mati. Ia masih hidup, ia meneruskan hidupnya dalam keadaan cacat seumur hidup.

Ia tidak berupaya untuk terbang, tidak akan pernah mampu terbang seperti layaknya. Bukankah ini lebih malang?

Ternyata, segala kesukaran serta kepayahan ketika berusaha keluar dari kepompong itulah yang memberi kekuatan bagi seekor rama-rama untuk terbang.

Hakikatnya, apa yang tidak membunuh kita itulah yang melangsungkan kehidupan ini. Kita tidak akan kenal bahagia sebelum melalui sengsara, tidak kenal cinta sebelum faham erti benci, tidak menghargai senyuman tanpa air mata pedih.

Kitaran hidup ini perlu didalami, jatuh bangunnya, turun naiknya, takdir dan karma. Tentu, kata–kata ini sering kita dengar di mana-mana, "setiap yang berlaku pasti ada hikmah disebaliknya".

Ini bukan kata-kata kosong yang palsu. Bukan. Tetapi, jangan pula tanyakan padaku, bila dan bagaimana?

Tetapi bersabarlah. Airmata tidak abadi, kering suatu masa nanti. Percayalah, keajaiban itu pasti ada.

Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan setiap yang berlaku.