ASsaLAmuALaiKUm

NIKMAT MASA

Saturday, March 6, 2010

Kembara ilmu-suhaimi


Kembara ilmu selaut cahaya

Milik tuhan tiada bertepi

Diselam tak jejak ke dasar

Ditimba tak luak setitis


Kembara misi lembah nurani

Menakung titisan ilmu suluhan budi

Resapan dari akal yang murni

Untuk diuntai mutiara sufi

Menjadi azimat menuju firdausi


Lembah nurani fitrahnya suci

Jangan ditinggal gersang

Jangan dibiar hitam

Gersang nurani kerana tiada ilmu

Hitam nurani kerana dosa bertimbun


Noda di hati melemahkan minda

Kembara sufi terasa sukar

Sesatlah di dalam pelayaran

Hanyut tiada pedoman

Akhirnya karam dalam kegagalan
mencari ilmu adlh slh satu drpd ibadah..kte sgt2 d galakkn mencri ilmu hgga ke liang lahad tp adkh kte psti cr kte mencari ilmu itu btol,n pasti ilmu itu dpt d amalkn utk kebaikn..jika ati sdh t'noda mskn ia ingin menerima ilmu y sgt suci..jd,perbaiki la ati kte agr ilmu y kte pelajari x sia2(nsht utk dri sndri terutamanye)...